Sunday, May 25, 2014

Esok belum pasti cerah.

Pagi nanti akan bermula geraknya langkah aku ke hamparan kehidupan yang baru. Menapak naik satu tangga lagi. Takut. Takut jatuh.

Sepanjang bulan ini, aku hadapi berbagai dugaan. Ya Rabbi, sayang benar Engkau pada hamba-Mu sorang ni. Mujur kuasa Tuhan tu hebat, mujur. Aku sabar, tepis semua macam superhero gagah yang berselindung sebalik topeng. Belakang topeng, aku nangis tanggung sakit. Hamba-Mu ni tak cukup kuat nak tunjuk hebat, sedangkan dah cuba sebaik mungkin bersangka baik selalu, cuba jauh daripada bala. nahhh, datang juga mengundang malang. Dugaan sehebat hamba-Nya. fuhh. Bukan senang. Sabar itu kunci. Biar orang buat apa pun kat kita, tapi kita tetap balas dengan kebaikan. Sungguh Islam itu penuh kebaikan tersembunyi. Beruntung siapa yang dapat kurniaan-Nya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang beruntung. Aamiin.

--------—----------------------

Aku bukanlah orang yang suka menyiarkan keburukan orang, aib. Sebaiknya aku simpan kalau aku tahu. Harap aib aku juga terpelihara sama. Jadi, tidak tahu mana silapnya masalah datang bertimpa. Ibu selalu kata, tak usah hirau kata orang, biar orang kata apa, asalkan kita tak buat jahat kat orang. Tapi aku buat baik, orang balas jahat. Dugaan.

Ambil yang jernih, buang yang keruh. Hubungan yang tidak halal sungguh aku cuba hindarkan mulai sekarang. Bukan menipu dengan kata dulu, cuma aku berfikir apa kesudahannya dengan ketidakpastian ni. Sampai bila?

Hati yang tenang membuat dosa ialah hati yang mati.

Nauzubillahiminzallik.

Sesetengah manusia mesti muntah hijau baca post aku ala islamik sebab aku bukan lah sesempurna orang berilmu agama. Aku cuma ada rasa, rasa diperhati selalu, 24/7. Takut. Kau?

No comments: