Sunday, April 6, 2014

nak kata intro pun boleh lah.

Assalamualaikum wbt. hai buku baru.
rindu nak menulis even tahu bakat tu kurang ada dalam diri. cakap merepek diri sendiri je tahu tu gagah lah kalah badang menolak pokok sampai rebah. well, bila kita dah ada masa yang sangaaaaat lapang, keinginan tu datang, macam reborn ler.dah kata bakat tak ada, degil nak tulis juga tu ada. so lantak.

saya mimi dan saya umur 18 tahun (intro biasa lah tu.). berblog untuk suka sebab tengok orang ramai ada, so diri tak nak jadi lame so buat lah juga. ehek. entri lama dah lama gua padam sebab zaman naif jangan dikenang ye dok? (masih naif actually ugh) atleast ada usaha nak matang sikit, belajar, belajar dan belajar. ilmu Allah luas kan. tak rugi satu pun kalau niat betul nak belajar. orite.

dah 18, maknanya dah SPM. hm topik tak hangat tapi suka hati aku nak kata apa. bukan buat dosa selagi tak lagha. erk. okay. result dapat tu kira boleh kata harum juga lah. walau tak semerbak mawar berduri tapi seharum morning glory adalah sikit kot. yelah. up sikit daripada adik-beradik lain, gua feel up sikit je. okay. down balik. takmo bongkak Allah laknat.

hm. hidup memang sempoi gini. kadang-kadang tak peduli pun orang nak kata apa. TAPI. aku takut bila sudah ditegur mahupun tegak-tegak atau berlapis-lapis. senang cerita, muka nampak sempoi, dalam hati sesak berzikir 'ya Allah, ya Allah' ongkate dalam hati siapa tahu melainkan Dia. doa tak pernah putus minta petunjuk-Nya supaya sikit-sikit sifat sempoi kepala otak ala putus fius ni boleh tegak berfikir aku masih ada Tuhan yang memerhati setiap apa aku lakukan. MasyaAllah. Subhanallah.

serius aku tak kata aku alim. sebab memang tak. tapi aku nak jalan yang lebih baik. walhal, semua manusia takkan sekali pun, tak secubit rasa akan terlintas juga dalam benak kepala hotak kita cara macam mana nak jadi yang lebih baik daripada sekarang. melainkan Allah dah gelapkan hati mereka. Nau'zubillahi min zallik. tak ada yang lebih sempurna daripada kekasih Allah. Ya Rabbi.

semoga kita diberi petunjuk. aminn.



No comments: